Gara-gara leka berhibur tanpa menghiraukan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), seramai 183 pengunjung ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang, awal pagi ini.
Ketika serbuan Ops Noda oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada pukul 12.50 pagi itu, premis hiburan berkenaan masih memainkan muzik dengan kuat dan pengunjung dalam keadaan sesak tanpa menghiraukan amalan penjarakan fizikal.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) IPK Kuala Lumpur ACP Rohan Shah Ahmad berkata daripada 183 yang ditahan itu, 75 adalah pengunjung wanita berusia antara 21 dan 40 tahun.
“Polis turut menahan 12 pekerja premis berkenaan termasuk enam pekerja warga asing yang dipercayai bekerja tanpa permit kerja sah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian selepas mengetuai operasi tersebut.
Dalam operasi yang berakhir pada kira-kira pukul 3 pagi itu, polis turut merampas pelbagai peralatan antaranya pembesar suara, telefon bimbit selain wang tunai berjumlah RM2,000.
Menurut beliau, semakan awal premis berkenaan menunjukkan ia beroperasi tanpa lesen.
Kesemua individu yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1993, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 12 2020
Semakan awal premis berkenaan menunjukkan ia beroperasi tanpa lesen. --fotoBERNAMA
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Salim Iskandar ditahan polis
Individu tersebut ditahan pada jam 11 malam (Khamis) dan dijangka direman pagi ini.
Ingkar PKP: 183 ditahan leka berhibur di Bukit Bintang
Pada pukul 12.50 pagi, premis hiburan berkenaan masih memainkan muzik dengan kuat dan pengunjung dalam keadaan sesak tanpa menghiraukan amalan penjarakan fizikal.
Saya doa video Anwar dahulu palsu - Khairuddin
Laporan polis untuk memohon penyiasatan forensik dilakukan terhadap semua video lama membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan fitnah dielakkan kepada bakal perdana menteri kelapan itu.
Seorang ketua bahagian berpangkat Datuk ditahan positif dadah
Ujian air kencing suspek lelaki berusia 46 tahun itu disahkan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.